Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bahrain sekali lagi bergema dengan laungan-laungan revolusi daripada majoriti rakyatnya yang menuntut reformasi politik sambil menghentikan kekejaman pemerintahan diktator. Perhimpunan besar ini diadakan sempena ulangtahun kedua kebangkitan rakyat yang bermula sejak 14 Februari 2011.
Para penunjuk perasaan ini menyahut seruan demontrasi yang dianjurkan parti pembangkang yang bermula sejak lima hari lalu. Perarakan besar terjadi bermula dari wilayah 'Aali sehingga Salmabad, Selatan Manama.
Selain itu mereka turut mengingati kembali beberapa orang individu yang gugur syahid di tangan pasukan keselamatan regim. Di antara korban revolusi ialah As-Syahid Ahmad Ismail yang ditembak mati ejen pasukan keselamatan ketika merakam gambar-gambar peristiwa yang terjadi sepanjang kebangkitan ini.
Sementara itu pihak pembangkang menyeru sebuah lagi demonstrasi pada hari ini di jalan al-Badi' (Barat Manama) demi menegaskan tuntutan rakyat Bahrain masih berterusan.
Ketua pusat parti pembangkang al-Wefaq, Tahir Musa memaklumkan bahawa demonstrasi akan berlangsung seperti biasa dalam bulan Februari ini dan ianya menunjukkan bahawa tuntutan majoriti rakyat masih berjalan secara aman.












...............
انتهی/212