Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Segerombolan pengganas Wahabi terbunuh ketika digempur di ladang Rema, Tabroud berhampiran Damsyik.

Sumber tentera memberitahu Agensi Berita Syria (SANA) bahawa unit Tentera Darat memusnahkan dua buah kereta bersama-sama dengan senjata di dalamnya.

Sumber berita rasmi pula menyebut pengganas berjaya dibunuh ketika bersembunyi di kawasan Erbeen dan Zamalka.

Tambahan lagi ketua kumpulan pengganas Jawad Awata, Mahmoud Fa'our, Fayez Bikhait, Ghayyath al-Tunisi, Yazan Khankan dan Noor al-Abbasi telah dikenal pasti di kalangan mereka yang maut.

Unit askar juga memusnahkan sarang pengganas di dalam kawasan Tal Kerdi, Douma dan ladang Harasta, disamping membunuh puluhan pengganas dan memusnahkan senjata serta peluru.

Antara pengganas yang terbunuh di kawasan terbabit ialah Abdul Hameed Ghannoum, ketua kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Batalion al-Furqan," Husam Eid, pemimpin "Batalion al-Sidddeq", Talal Ali Shihab, pemimpin kumpulan pengganas, Maher Kareem dan Waleed al-Sutari.

Angkatan askar juga menjalankan dua operasi di Hijjera dan al-Hajar al-Aswad, membunuh puluhan pengganas, yang mana di kalangan mereka ialah Mohammad Qasem, Samer al-Atiqi, Ahmad Rayyan, Yousef al-Fihaid dan Ahmad Maran.

Dalam kawasan al-Sbeineh, askar bertempur dengan kumpulan pengganas bersenjata dan berjaya membunuh dan mencederakan puluhan ahli-ahlinya.

Di Daraya, tentera berjaya membasmi penembak tepat pengganas di bandar. Antara pengganas yang berjaya dibunuh adalah Mohammad al-Khartalk.

Pengganas turut mengalami kekalahan parah di Homs

Salah satu unit askar pada hari ini (Jumaat) menggempur kumpulan pengganas Jabhat al-Nusra di beberapa kawasan di desa wilayah Homs.

Salah satu sumber tentera memberitahu wartawan SANA bahawa ramai pengganas terbunuh manakala yang lain cedera di al-Za'afaraneh, Aqrab dan kawasan Deir Fool.

Kejayaan ini disusuli serbuan anggota kumpulan pengganas bersenjata di kampung al-Kariatain di desa Homs yang mana ramai di kalangan mereka terbunuh dan cedera.

Sumber di wilayah tersebut memberitahu wartawan SANA bahawa unit Tentera Darat memusnahkan 4 kereta dilengkapi dengan machineguns. Sementara itu askar kerajaan masih meneruskan operasi yang membunuh ramai pengganas di kawasan Jubar, KfarAya, al-Sultanyeh, al-Tannour, al-Amryeh, Eyon Hussein, Taldo dan al-Nqairyeh di kawasan luar bandar Homs.

Sumber itu turut menyebut beberapa pengganas terbunuh, 7 motosikal dan tiga buah kenderaan telah dimusnahkan berhampiran bandar Palmyra.

Pengganas maut, kenderaan mereka dimusnahkan dalam Idleb

Satu unit askar kerajaan menyerbu pengganas di Salqin desa Idleb, dan berjaya membunuh serta mencederakan ramai di antara mereka di samping memusnahkan kenderaan mereka.

Satu sumber rasmi memberitahu wartawan SANA beberapa orang pengganas dari kumpulan Abu Obeida termasuk seorang pemimpin mereka bernama "Ahrar al-Sham Briged", Jamal al-Haj Obeid dan Istanboli Ibrahim telah dikenal pasti di kalangan yang mati.

Selain itu sebilangan pengganas yang cedera telah dibawa ke Turki, di masa salah seorangnya bernama Abu Omar al-Libi.

Satu lagi unit tentera memusnahkan konvoi kenderaan yang dilengkapi dengan machineguns dan senjata anti-pesawat, di samping enam kereta pengangkut pengganas. Askar berjaya membunuh semua pengganas berhampiran al-Hamidiyeh, di Maaret al-Numa'an.

Sumber itu berkata bahawa unit askar kerajaan menghapuskan ramai pengganas di kawasan al-Majas utara Abu Dhohour di desa wilayah.

Askar menyasarkan gerombolan pengganas di Kafer Roma, membunuh dan mencederakan ramai di antara mereka, di samping memusnahkan beberapa kenderaan mereka, di antaranya ialah kenderaan perisai dan lain-lain yang dilengkapi dengan machineguns.

Selain itu askar menyerbu tempat persembunyian pengganas berhampiran kawasan Wadi al-Daif di desa Idleb, dan dapat memusnahkan tiga kenderaan bersama pengganas dan senjata di dalamnya.

Satu sumber tentera memberitahu SANA bahawa 10 motosikal yang digunakan oleh pengganas untuk menyerang penduduk tempatan turut musnah.

Tentera berjaya menghapuskan pengganas, memusnahkan tapak pelancar roket di kampung Lattakia

Salah satu unit angkatan tentera membunuh beberapa pengganas dan mencederakan yang lain ketika cuba bergerak dari kampung Sgharou menuju ke Khourbit Soulas di perkampungan Lattakia.

Sumber askar memberitahu SANA bahawa satu lagi unit mereka telah memusnahkan tapak pelancaran peluru berpandu di perkampungan  Aouan Umpan.

Imam masjid Salah al-Ddin di Aleppo syahid terkena mortar pengganas ketika berada di dalam Masjid.

Sheikh Abdullatif al-Jamili, Imam Masjid Salah al-Ddin, al-Ashrafia, bandar Aleppo syahid selepas terkena serpihan mortar yang dilepaskan oleh kumpulan pengganas di sebuah masjid, di kawasan Zaid.