Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Imam solat Jumaat wilayah Birjand, Qolam Heidar Farouqi berkata, "Kitab suci al-Qur'an menunjukkan semua strategi dan jalan untuk meningkatkan perpaduan di dalam dunia Islam," kata imam solat Jummat di Birjand."
Ulama Sunni tersebut berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama Taqrib News Agency (TNA) baru-baru ini. Beliau turut menekankan betapa pentingnya menganjurkan persidangan dan pertemuan antara negara-negara Islam.
"Para ulama telah menggariskan bahawa pertemuan dan dialog benar-benar berkesan dalam meningkatkan perpaduan yang bersesuaian dengan kemasyarakatan Islam.
"Idea-idea yang dicadangkan dalam persidangan atau seminar ini perlu disalurkan kepada kerajaan-kerajaan Islam, dan langkah seterusnya yang perlu diambil ialah memenuhi aspek praktikal persidangan ini," tutur beliau.
Dalam wawancara tesebut, Qolam Heidar Farouqi menyeru umat Islam agar menuruti jejak langkah ajaran yang telah ditunjukkan Islam dengan menyatakan, "Kitab suci al-Qur'an menggesa semua umat Islam dari berbagai mazhab untuk menyelak daripada konflik di samping mematuhi peraturan dalam al-Qur'an."
Menurut ulama Birjand ini lagi, sekiranya umat Islam mematuhi peraturan Islam dan ajarannya, semua masalah mereka dapat diselesaikan.