Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Segilintir pihak yang tidak bertanggung jawab cuba membuat provokasi di kawasan pilihanraya parlimen Pendang apabila memasang kain hitam yang dicat dengan kalimah Allah seperti yang terdapat pada bendera Iran. Kain-kain hitam ini dikesan terikat pada kira-kira 10 batang pohon setang sekitar simpang tiga Tobiar.Sebuah blog kepunyaan penyokong UMNO secara langsung menuduh pengikut mazhab Syiah telah menaikkan bendera tersebut untuk menunjukkan kekuatan. Meskipun tidak membawa bukti, penulis blog tersebut mengeksploitasi isu ini dengan mengajak penduduk setempat menolak calon PAS yang bertanding di kawasan tersebut. Sementara itu para pengikut mazhab Syiah telah dinasihatkan agar tidak cepat melatah dengan provokasi ini dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya menemui kain tersebut. Selain itu mereka juga diminta menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab menanggalkannya dan menyiasat dalang disebalik kejadian ini.
4 Mei 2013 - 19:30
News ID: 416004