16 Jun 2013 - 19:30
Barang import tertera "Tiada nabi kecuali Ali" dan "Bunuhlah Aisyah" masuk pasaran Mesir

Jemaah Wahabi di Mesir menukar rangkai kata "Tiada pemuda kecuali Ali, tiada pedang kecuali Zulfiqar" kepada "Tiada nabi kecuali Ali" dalam fitnah terbaru mereka terhadap Syiah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Jemaah Wahabi di Mesir bertindak menukar rangkai kata "Tiada pemuda kecuali Ali, tiada pedang kecuali Zulfiqar" kepada phrasa "Tiada nabi kecuali Ali" dalam fitnah terbaru mereka untuk menyemai kebencian warga Mesir terhadap mazhab Syiah. Fitnah ini cuba menyatakan kononnya pengikut mazhab Syiah tidak beriman dengan Nabi Muhammad (s.a.w).Pingat-pingat import yang tertulis phrasa tersebut disyaki dibawa masuk dari China dan telah dieksploitasi oleh golongan Wahabi dalam satu tulisan akhbar Al-Watan.Kemunculan pingat-pingat ini menyusul setelah isu pistol mainan kanak-kanak tertera "Bunuhlah Aisyah" diperdebatkan. Walau bagaimanapun pihak kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan pihak yang tidak bertanggung jawab membawa masuk barangan tersebut ke pasaran.