21 Jun 2013 - 06:14
Pembunuh mufti Wahabi ditawarkan ganjaran

Mufti Wahabi yang memberi fatwa penyembelihan kanak-kanak dan wanita Syria terpaksa melarikan diri setalah pembunuhnya ditawarkan ganjaran lumayan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang ahli perniagaan Iraq telah menawarkan ganjaran lumayan untuk pembunuh  Shafi Al-'Ajami setelah mufti Wahabi ini mengeluarkan fatwa yang membolehkan pembunuhan kanak-kanak dan wanita Syria.

Bimbang terhadap keselamatan dirinya, mufti Shafi Al-'Ajami terpaksa melarikan dirinya dari Kuwait ke Qatar. Sebelum ini dia juga pernah muncul dalam sebuah rancangan televisyen dengan membuat pengakuan bahawa kumpulannya telah menyembelih seorang kanak-kanak Syria di hadapan kedua ibu bapanya di kawasan sebuah masjid Syiah, di Deir Al-Zour.

Seorang ahli perniagaan dari Bashrah memberikan reaksinya dengan menawarkan ganjaran lumayan bagi mereka yang dapat membunuh ulama yang dahagakan pertumpahan darah ini. 

Pada 12 Jun lalu sekumpulan rakyat Kuwait yang menjadi ahli kumpulan pengganas Jabhah Al-Nusra telah membunuh kira-kira 60 orang penduduk sebuah kampung di Hathla, Deir Al-Zour semata-mata kerana mereka bermazhab Syiah.

Kumpulan pengganas ini turut menyembelih Hujjatul Islam Sayid Ibrahim Al-Sayid dan keluarganya.


Pautan berita yang berkaitan: