13 September 2013 - 19:30
Hizbullah cipta palang pemeriksaan kenderaan

Hizbullah akan mengeluarkan palang pemeriksaan kenderaan dan penumpangnya secepat mungkin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan, Hizbullah Lubnan akan melancarkan palang pengimbas kenderaan tidak lama lagi.Teknologi terbaru ini dikatakan mampu mempercepatkan pemeriksaan kenderaan di samping melancarkan pergerakan lalu lintas apabila pihak berkuasa membuat sekatan jalan raya.

Palang pengimbas kenderaan ini dihasilkan atas keperluan semasa berikutan meningkatnya biaya dan tenaga dalam setiap pemeriksaan keselamatan.

Alat ini berfungsi apabila kenderaan serta pemandu dan penumpangnya melalui palang tersebut di mana pengimbasnya akan memaparkan seluruh isi kenderaan pada layarnya.