Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pihak polis Iraq hari ini mengesahkan tiga orang awam terbunuh dan sembilan cedera dalam serangan bom berhampiran kompleks Kementerian Industri, tengah Baghdad.Al-Sumari News menyatakan kereta yang dipasang bom berhenti di tepi jalan berhampiran kompleks tersebut sebelum meledak tengah hari tadi. Pihak berkuasa dilaporkan telah menutup semua jalan ke kawasan terbabit dan semua mangsa telah dipindahkan ke hospital untuk dirawat manakala jenazah ketiga-tiga mangsa dihantar ke pusat forensik untuk dibedah siasat......
17 September 2013 - 19:30
News ID: 464364