Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Nuri Maliki menegaskan, "Operasi membangunkan negara akan tertangguh selagi ada orang yang cuba mewujudkan perselisihan di kalangan kita."
Perdana Menteri Iraq tersebut berkata demikian semalam di kota al-Rifa'i sambil menjelaskan bahawa pihak musuh sedang berusaha untuk mengembalikan Iraq ke masa silam.
Tambah beliau lagi, "Kejatuhan rejim di Iraq suatu ketika dahulu menyebabkan ufuk pencapaian hak individu dan anak-anaknya di atas seluruh wilayah Iraq mengalami perkembangan. Di sebabkan dasar politik rejim sebelum ini, Iraq dirundung berbagai masalah penderitaan. Namun kemuliaan sekali lagi kembali ke negara ini."
Beliau menambah, "Semua orang hendaklah mempunyai tekad yang satu untuk berusaha merealisasikan keamanan dan kestabilan. Tidak dapat dinafikan usaha perpaduan serta memburu penjenayah perlu dijalankan."