Buku setebal 141 muka surat itu ditulis oleh mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dengan mengupas empat topik utama iaitu Sejarah perkembangan Syiah; Ahlul Bait menurut pandangan Sunnah; Syiah: Akidah Imamiah di sisi Syiah Isna Asharah dan kesan terhadap pegangan ahli Sunnah dan Benarkah Syiah tidak kafirkan sahabat.

"Ini bukan sahaja merosakkan akidah umat Islam yang terpengaruh dengan fahaman berkenaan, malah secara dalam diam ia dapat memberi kesan buruk terhadap keselamatan negara kerana ajaran Syiah yang menghalalkan darah umat Islam. Begitu juga dalam aspek ekonomi dan sosial masyarakat di negara ini,"
Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Majlis ini turut di hadiri oleh Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Othman bin Mustapa, Ketua Pengarah Jakim, Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tan Sri Dato' Syaikh Hj Ismail bin Haji Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, serta Pengarah-Pengarah Bahagian dan warga Jakim.
Sementara itu, Jamil Khir mendakwa penghasilan buku tersebut bertepatan dengan situasi semasa dan sesuai dijadikan rujukan umat Islam.
"Penghasilan buku ini merupakan satu usaha yang sangat baik dilakukan pihak penerbit dalam memberi panduan kepada umat Islam mengenai bahaya Syiah. Kita tidak mahu amalan ajaran yang agresif ini berkembang di negara ini dan membahayakan negara," katanya.
Mufti radikal Datul Wan Zahidi merupakan salah seorang tokoh agama yang aktif memfitnah mazhab Syiah di seluruh negara dengan berpandukan tulisan-tulisan golongan Wahhabi seperti Dr. Ghaffari.





