10 November 2013 - 20:30
Sayid Ali Al-Allaq seru Al-Azhar kaji semula pembentukan jawatankuasa anti Syiah

Ahli Jawatankuasa al-Awqaf dan Hal Ehwal Agama di Parlimen Iraq, Ali Al-Allaq menegaskan bahawa pembentukan jawatankuasa Al-Azhar untuk memerangi perkembangan Syiah hanyalah bersifat peribadi dan tidak mewakili seluruh ulama Universiti al-Azhar yang selama ini terkenal dengan sikap sederhana. Beliau juga memberi amaran bahawa keputusan seperti itu bakal memenuhi aspirasi projek Israel dalam menghancurkan barisan perpaduan umat Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ahli Jawatankuasa al-Awqaf dan Hal Ehwal Agama di Parlimen Iraq, Sayid Ali Al-Allaq berkata, "Sikap al-Azhar yang ingin membentuk jawatankuasa memerangi Syiah adalah hal yang mengejutkan, kerana al-Azhar selama ini mempunyai sikap sederhana."Sambil menyatakan kekesalannya, beliau berkata, "Perbuatan menyeret al-Azhar kepada sektarianisme dan kefanatikan mazhab merupakan salah satu permainan Israel untuk memecah belahkan dunia Islam."Beliau menyeru Universiti al-Azhar mengkaji kembali keputusannya sambil menegaskan, "Kemungkinan keputusan tersebut hanyalah bersifat peribadi yang dicetuskan beberapa individu al-Azhar, kerana kita tahu bahawa ramai ulama al-Azhar cukup optimis dengan perpaduan umat Islam."Beberapa sumber sebelum ini menyebut bahawa Univeristi Al-Azhar akan membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa ulama dan pensyarah bagi menangani perkembangan Syiah di Mesir. Jawatankuasa tersebut dikatakan akan dibentuk setelah perbincangan di antara kumpulan Al-Azhar dengan gerakan Salafi dan beberapa individu Ikhwan serta Sufi untuk menghadapi perkembangan Syiah.Imam Jumaat Najaf, Sadr al-Qabbanji memprotes keras pembentukan jawatankuasa al-Azhar bagi menghadapi perkembangan Syiah di Mesir dan berkata, "Bagaimana mungkin Al-Azhar tunduk pada tekanan sehingga membentuk sebuah jawatankuasa untuk menghadapi Syiah sedangkan mereka tidak membentuk jawatankuasa menghadapi Israel, kesesatan yang berleluasa, ideologi penumpahan darah daripada golongan Takfiri dan peristiwa pembunuhan yang berlaku di depan mereka."Beliau mengegaskan, "Cahaya Ahlul Bait (a.s) menyingkirkan kegelapan dan tidak mungkin mereka dapat menghadapi cahaya dalam keadaan diri mereka sendiri mengerikan seluruh alam semesta."Malang sekali musuh-musuh mengugut kita dengan pembunuhan, sedangkan mereka tidak tahu bahawa kesyahidan lebih disukai di sisi kita dari kehidupan dunia, Lebih-lebih lagi ancaman kematian terhadap kita merupakan kegagalan mereka dalam menghadapi kebangkitan para pemuda yang bangun pada hari ini dengan cahaya Ahlul Bait (a.s)," ujar beliau.