14 November 2013 - 16:47
Syria - Pengganas Da'ash tersalah sembelih anggota FSA (+18)

Pemberontak FSA buru dua militan Da'ash yang menyembelih anggotanya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut sebuah kumpulan pemantau Syria, kumpulan pengganas ad-Dawla al-Islāmiyya fi al-'Irāq wa-sh-Shām (Da'ash) bertindak menyembelih salah seorang anggota pemberontak semata-mata kerana menyangka mangsa adalah ejen rejim Bashar al-Assad.

Kumpulan pemantau tersebut turut menayangkan sebuah video yang menunjukkan anggota pengganas membawa kepala mangsa.

"Jelas bahawa militan yang memotong kepalanya adalah kumpulan ad-Dawla al-Islāmiyya fi al-'Irāq wa-sh-Shām, dan mangsa adalah militan batalion Syria, bukan militan Iraq yang setia kepada rejim," jelas kumpulan tersebut.

Terang kumpulan itu lagi, "Militan yang tercedera itu (mangsa) sebenarnya berbicara dalam keadaan tidak sedar sambil melaungkan slogan 'Ya Ali, Ya Husain', ia mendapat kecederaan ketika tercetusnya pertempuran antara militan Bridgade 80 dengan pejuang Bridgade Abal Fadhl Abbas. Mereka selalu melaung-laungkan slogan 'Ya Husain, Ya Ali', inilah kata-kata terakhir yang didengari mangsa sebelum tercedera dalam pertempuran itu, maka dia pun berbicara dalam keadaan tidak waras."

Video tersebut turut memaparkan militan warga Libya dan negara teluk dari kumpulan Da'ash. Salah seorangnya membawa kepala yang sudah dipotong di hadapan para militan dan kanak-kanak sambil menerangkan kepada hadirin bahawa ia adalah pejuang Iraq yang berperang bagi pihak askar Syria.

Kata salah seorang militan kepada penonton "هذا عراقي" (ini warga Iraq), sementara yang lain pula berbicara dengan loghat teluk: "أسأل الله أن ينصرنا عليهم" (Semoga Allah menganugerahkan kemenangan kepada kita terhadap mereka).

Bahagian pertama klip video tersebut tertera "Muhammad Faris Maroush" sebelum kematiannya menunjukkan bahawa dirinya berasal dari Gerakan Pembebasan Sham.

Sebelum penyembelihan tersebut, beberapa laman sesawang pembangkang Syria menyiarkan berita bahawa mangsa adalah anggota Free Syrian Army (FSA) dan tercedera. Namun kumpulan Da'ash tidak mempercayainya dan menyembelihnya di sebuah tempat.

Sayap FSA "Ahrar al-Sham" dalam reaksi pembunuhan Muhammad Faris Maroush menuntut penangkapan dan hukuman bunuh ke atas kedua-dua militan Da'ash yang menyembelih ahli mereka.

Selain itu, para aktivis menyebut ramai orang sudah meninggalkan kota Raqqa atau menutup pintu rumah mereka bagi mengelak dari menjadi mangsa penculikan militan Da'ash.

http://i.alalam.ir/news/Image/Inner-Media/2013/11/14/alalam_635200467834904318_25f_4x3.jpg
Poster tawaran penangkapan dua pengganas yang dikeluarkan oleh kumpulan Gerakan Pembebasan Al-Sham Al-Islamiyah

Link Video: http://v.alalam.ir/news/2013/11/14/alalam_635200466476898531_25f_4x3.mp4