Portal rasmi surat khabar tersebut didapati menyiarkan tulisan Khalid Al-'Uwaijan pada 14 November 2013 yang menyatakan bahawa Hizbullah Lubnan akan mengebom sebuah kawasan penempatan Syiah Lubnan dalam beberapa hari lagi untuk menjadikannya sebagai alasan campurtangan di Syria.

Makalah ini turut meluahkan kekesalan paksi Arab - Barat atas kekalahan dasar mereka di Syria. Selain menuduh Iran dan Hizbullah campurtangan dalam urusan Syria, penulis cuba mendakwa golongan Takfiri bertindak membela kepentingan Al Saud dengan mewujudkan huru hara di Lubnan dan mengaku bahawa mereka ini adalah pejuang Moqawama sebenar.
Tulisan berjudul 'Surat khabar al-Watan membongkar misi Hizbullah di Al-Qalamoun, Syria' menyatakan:
"Hizbullah telah membuat perancangan untuk mewujudkan serangan di Al-Qalamoun Syria, kemudian mengepung Damsyik bermula dari Barat Laut Syria dengan tujuan membantu para anggotanya...
Berdasarkan dokumen surat khabar, fitnah ini dijangka bermula dalam bentuk pengeboman di kawasan penduduk Syiah, di Beirut seperti Dhahiya atau Beqaa. Pengeboman ini akan segera dilaksanakan, sebuah kereta sudah dipasang bom akan diletupkan pada pertengahan malam dan Hizbullah akan memanipulasikannya dengan membuat pengumuman membalas dendam terhadap darah mereka yang terkorban. Alasan ini digunakan untuk menguasai Al-Qalamoun, Syria dan mengamankan jalan utama antara Damsyik dan Homs," lanjutnya
Laporan tersebut tidak mengabaikan konspirasi sektarianisme:
"Sumber-sumber telah melaporkan kepada Al-Watan bahawa Hizbullah akan memperalatkan pengoman tersebut demi mengukuhkan pengaruhnya di kalangan Syiah. Mereka juga akan meningkatkan motivasi dan keberanian Syiah dengan melaknat warga Sham dalam ritual di bulan Muharram."
Sebelum ini jaringan pengganas al-Qaeda yang diketuai Abdullah Azzam mengaku bertanggung jawab dalam pengeboman tersebut.
Dalam pengeboman pagi semalam, angka korban dan kecederaan meningkat kepada lebih 160 orang. Antara yang menjadi korban ialah Konsul Kebudayaan Iran Hujjatul Islam Wal Muslimin Ibrahim Anshari.