Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dua sahabat dari mazhab Syiah dan Sunni menjadi mangsa keganasan terbaru pengganas Sipah-e-Sahaba yang beraliran Wahabi.Kedua-dua sahabat tersebut bernama Shadab Hussain dan Hamza Naushad masing-masing berusia 27 tahun.Husain berasal dari Ancholi merupakan pelajar multimedia manakala Naushad sedang menekuni pelajaran ekonomi.SSP Muhammad Shah berkata, kedua-dua sahabat itu dibunuh pengganas Wahabi ketika keluar dari pintu gerbang universiti dan sedang melalui jalan berhampiran Maskan Chowrangi sebelum dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah mereka.Kedua-dua pelajar tersebut dikejarkan ke Hospital Patel dan menghembuskan nafas terakhir di sana. Setelah itu jenazah mereka dipindahkan pula ke Hospital Shaheed Abbasi.Selain itu, 20 orang yang lain yang berada di tempat kejadian turut dilaporkan cedera dalam serangan tersebut.Muhammad Shah berkata, "Kita bermungkinan menjadi mangsa pembunuhan dalam konflik sektarianisme."Penyisat polis di Hospital Shaheed Abbasi, Dr. Abdul Haq berkata, Husain terbunuh dengan dua peluru yang mengenai dadanya sementara Hamza ditembak di bahagian kepala.Sementara itu Majlis Perpaduan Muslimin dan Majlis Ulama Syiah mengutuk pembunuhan kedua-dua pelajar tersebut dan menuntut pihak berkuasa segera menangkap pembunuhnya.Jurubicara Majlis Perpaduan Muslimin berkata, "Sekali lagi nyawa yang berharga telah melayang, kita meminta pihak berwajib melaksanakan undang-undang dan menghentikan segera pembunuhan Syiah."







..................پایان پیام/ 129 ـ 141
2 Disember 2013 - 20:30
News ID: 485543
Kumpulan pengganas Sipah-e-Sahaba yang beraliran Wahabi bunuh dua sahabat.