Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam wawancara bersama Taghrib News, pengerusi Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Syeikh Abdul Ghani Shamsudin berkata, "Umat Islam terutama sekali ulama hendaklah mengambil pendirian politik yang khusus tentang maksud Takfir. Ini disebabkan tidak sepatutnya seseorang muslim mengkafirkan saudara seagama dengannya tanpa ilmu yang jelas. Barangsiapa yang melakukan perbuatan ini, maka kekafiran akan kembali kepadanya."Syeikh Abdul Ghani juga menyeru kedudukan ulama Syiah dan Sunni umumnya diperkukuhkan dalam penyampaian, pengajaran hukum hakam agama, kebudayaan Islam dan dialog persaudaraan. Beliau turut mengingatkan tentang bahaya yang bakal menimpa dunia Islam akibat pengkafiran sesama muslim."Pihak musuh iaitu Zionis, dan pendampingnya dari kuasa besar dunia berusaha mewujudkan fitnah dan perbalahan mazhab di kalangan pengikut agama yang satu. Dengan cara ini mereka dapat menggugat kestabilan negara-negara Islam. Masalah ini juga dapat dilihat dalam transformasi Timur Tengah terutama sekali krisis di Syria, serangan pengganas di Iraq, Afghanistan dan negara-negara Islam lain."Pendakwah Malaysia ini turut meminta seluruh umat Islam terutama sekali ulama memberikan peringatan tentang bahawa konspirasi Zionis yang berhasrat menyeret kaum muslimin ke arah perselisihan dalam perkara-perkara kecil.
8 Disember 2013 - 20:30
News ID: 487163
Jauhi perbuatan mengkafirkan saudara seagama tanpa ilmu yang jelas.