Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Makarim Syirazi dalam pengajian Bahsul Kharij di masjid A'zam Qom semalam menyentuh tentang ucapan terbaru presiden Amerika yang dianggap menyenangkan hati Israel. Kata beliau, "Ubah sikap kamu terlebih dahulu sekiranya ingin berusan dengan Iran."
Tambah beliau lagi, "Presiden Amerika berterus terang, seluruh usaha mereka ialah memastikan keamanan Israel, dan ini ialah salah satu keanehan di zaman ini di mana sebuah kerajaan yang mengaku paling kuat tunduk kepada negara kecil yang hina dan lemah."
Ayatullah Makarim Syirazi menegaskan, "Sekiranya Amerika tidak menggunakan sikapnya itu dalam menghadapi rakyat Iran, sudah tentu kepercayaan antara kita dan mereka akan berubah."
Selain itu, beliau turut menceritakan tentang sesetengah insan yang melaksanakan sesuatu demi mencari keredaan tuhan dan berkata, "Insan seperti ini sentiasa menyeru nama Tuhan dalam semua musibah dan situasi.
"Sebaliknya terdapat insan yang menyeru nama Tuhan ketika ditimpa bencana dengan penuh keikhlasan, namun itu bukanlah keikhlasan yang sebenar, di waktu senang lenang, sekali lagi mereka menjadi syirik, menyembah berhala dan meninggalkan tuhan.
"Orang yang beriman dan ikhlas bersungguh-sungguh dalam menyintai Allah, dalam semua hal mereka menyeru nama Allah, dan Allah tidak lekang dari ingatan mereka.