Dalam serangan tersebut, ejen-ejen Al Khalifah sempat mencuri beberapa harta beharga milik makam Sa'sa'ah bin Suhan.
Parti pembangkang al-Wefaq yang mewakili majoriti Syiah Bahrain memaklumkan kecaman atas serangan tersebut sambil menyifatkan ianya sebagai penghinaan terhadap agama Islam dan kaum muslimin. Regim Al- Khalifah juga didakwa cuba menunjukkan permusuhan terhadap Islam dengan pemusnahan masjid-masjid dan makam-makam.
Parti al-Wefaq dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasminya menyatakan, "Tindakan ini bertujuan memancing emosi revolusioner Bahrain. Regim Al Khalifah mahu mereka bertindak membalas dendam menrusi penghinaan terhadap simbol suci dan masjid-masjid Syiah.
Berasaskan laporan ini, pasukan keselamatan Al Khalifah menghalang penduduk awam menghampiri masjid Sa'sa'ah bin Suhan. Beberapa hari sebelum insiden ini berlaku, salah seorang penjaga makam tersebut menerima ancaman bahawa pihak regin akan memotong kakinya sekiranya datang lagi ke tempat itu.
Masjid dan makam sahabat Nabi (s.a.w) yang berusia lebih 1000 tahun ini telah menjadi salah satu identiti sejarah masyarakat Bahrain. Sementara itu pihak rejim bukan sekadar tidak memberi perhatian terhadap permakaman tersebut, malah enjen-ejennya pernah melakukan beberapa serangan sejak 3 tahun lalu.














..................