Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas Takfiri menjadikan kompleks permakaman anak perempuan Saidina Husain (a.s) sebagai sasaran mereka, di Dar'a, Rabu (5 Februari 2014).
Menurut portal berita Al-Ahd yang mempunyai hubungan rapat dengan Hizbullah, serangan roket Takfiri yang dilancarkan dari jarak jauh telah merosakkan kubah makam tersebut.
Laporan turut menceritakan bahawa askar kerajaan telah membebaskan makam tersebut dari cengkaman pengganas sejak hampir sebulan lalu.
Roket yang digunakan dalam serangan pada hari Rabu itu dipercayai buatan pengganas sendiri.
Sayyidah Sukainah telah dilahirkan pada 10 Rejab 56 Hijrah, dikatakan lahir di Madinah. Saudara lelaki beliau ialah Ali ibnu Husain, Ali Akbar ibnu Hudain dan Ali Asghar ibnu Husain. Sementara itu saudara perempuannya ialah Fathimah al-Sughra dan Fathimah al-Kubra.
Menurut Syiah Muslim, beliau telah bersama-sama bapanya Imam Husain ibnu Ali (a.s) bermusafir dari kota suci Mekah ke Kufah. Pertempuran berat sebelah yang tercetus di Karbala pada 10 Muharram telah menyebabkan hampir seluruh keluarga beliau syahid manakala yang masih hidup telah menjadi tawanan.