Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setelah sebulan lamanya kumpulan pemberontak kehabisan stok bekalan logistik akibat pemberhentian bantuan dari Barat secara mendadak, para pegawai Amerika terpaksa memaklumkan pengiriman beberapa bantuan darurat.Sumber dari Amerika menyebut, bekalan kelengkapan komunikasi dan ketenteraan hanyalah untuk kumpulan pemberontak yang tidak ekstrem sahaja.Tindakan ini dikatakan akan menguatkan dan melindung kekuatan pemberontak. Kumpulan pemberontak sebelum ini mengambil alih pengkalan militan yang dibawah cengkaman salah seorang pemimpin yang disokong Amerika telah mengakibatkan bantuan dari Amerika berkurangan.Namun masalah ini juga dilihat sebagai pembalasan Amerika terhadap pemberontak yang cuba melakukan rundingan damai dengan Bashar Assad di Geneva baru-baru ini.Beberapa pegawai Amerika yang enggan nama mereka disiarkan berkata, "Bantuan-bantuan Amerika kepada Majlis Ketenteraan Pembangkang Syria, Jeneral Salim Idris telah dikirim ke Syria melalui Turki."Sambil memberikan alasan langkah berhati-hati telah menyebabkan bantuan ini dihentikan pada bulan lalu, mereka menyatakan Barrack Obama juga ingin mengenal pasti masalah keselamatan di waktu akan datang.Berasaskan sumber ini lagi, bantuan-bantuan kepada pelampau Islam yang bertentangan dengan kumpulan al-Qaeda juga akan dikirim secepat mungkin.



















................