Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - "Para pegawai Amerika dalam rundingan rasmi dengan Iran berkata, kami tidak berusaha menukar pemerintahan di Iran, namun mereka berbohong kerana apabila sudah mendapat peluang, mereka tidak akan ragu walaupun satu saat," kata Ayatullah Khamenei kepada para komandan tentera udara, di Tehran hari ini."Alasan lain di sebalik tidak mampunya Amerika menukar pemerintahan Islam ialah kepercayaan yang diberikan rakyat, ketulusan dan ketabahan hati."Taktik boleh berubah, namun prinsip hendaklah kekal utuh," jelas beliau.Sambil menegaskan bahawa tiada hasil muktamad dalam rundingan bersama kuasa angkuh dunia, beliau menyatakan kuasa dunia itu mula mencari boneka-boneka mereka.Selain itu beliau turut menceritakan tentang rahsia kelestarian Revolusi Islam Iran ialah berasaskan kepercayaan terhadap nilai-nilai Islam.Pemimpin Iran ini menekankan bahawa mencari kebebasan tidak boleh diterjemahkan sebagai permusuhan dengan dunia lain. Kebebasan yang dimaksudkan beliau ialah menentang campur tangan kuasa besar yang tidak menghormati kemuliaan bangsa lain demi kepentingan mereka sendiri.Mengenai masalah ekonomi yang melanda negara Parsi itu, Ayatullah Khamenei berkata penyelesaiannya hendaklah tidak berdusta atas nama melonggarkan sekatan ekonomi.
8 Februari 2014 - 20:30
News ID: 504559
Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatullah Sayyed Ali Khamenei berkata, para pegawai Amerika berbohong apabila mendakwa mereka tidak cuba menggulingkan kerajaan Iran.