12 Februari 2014 - 20:30
52 anggota Taliban berjaya dibunuh.

Pasukan keselamatan Afghanistan berjaya membunuh 52 anggota Taliban dan menahan beberapa yang lain dalam dua operasi pembersihan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri Dalam Negeri Afghanistan, sekurang-kurangnya 46 orang anggota Taliban terbunuh dalam operasi yang dilakukan secara besar-besaran dalam rangka membersihkan daerah Shirzad dan Khogyani, Timur wilayah Nangarhar dari elemen militan.Kenyataan tersebut menambah, paling kurang enam orang militan Taliban terbunuh dan 5 yang lain ditangkap dalam satu lagi operasi di daerah Nahr Saraj dan Marajah, wilayah Selatan Helmand.Beberapa orang militan juga cedera dan berjaya diberkas ketika serbuan dilakukan ke atas sarang mereka di sepanjang wilayah bermasalah, tambah kenyataan tersebut.Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menyebut kerugian yang dialami pihak kerajaan dan pasukan asing yang turut bergabung.Hingga kini kumpulan militan Taliban belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan perkembangan ini.Baru-baru ini Taliban mengambil tindakan menyerang pasukan keselamatan Afghanistan yang dipimpin Amerika sambil bersumpah akan melakukan gelombang serangan baru di seluruh Afghanistan.Menurut kumpulan pengganas tersebut, segala taktik yang munasabah akan digunakan bagi mencetuskan kerugian di pihak kerajaan dan pasukan Amerika termasuk serangan hendap dan bom.Kenyataan itu muncul sebaik sahaja kerajaan Afghanistan merancang untuk meningkatkan tahap keselamatan di kebanyakan kota di seluruh negara termasuk Kabul.Amerika Syarikat dan sekutunya telah menceroboh dan menempatkan pengkalan tenteranya di Afghanistan dengan alasan memerangi pengganas. Meskipun kekuasaan Taliban berjaya dijatuhkan, negara tersebut sentiasa dirundung kekacauan.