14 Februari 2014 - 20:30
Ulama Bahrain anjur demonstrasi besar-besaran

Syeikh Isa Qassim dalam khutbah Jumaatnya mengajak rakyat keluar mengadakan demonstasi besar-besaran sempena ulangtahun revolusi Bahrain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama terkemuka Bahrain menyeru rakyat bangkit mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut perlaksanaan politik yang diperbaharui.

Syeikh Isa Qassim berkata demikian dalam khutbah Jumaat dan menambah, "Perarakan 
menanti anda, esok (Sabtu). Perarakan itu sepatutnya menjadi ekspresif, berkesan dan besar-besaran, penuh dengan keamanan dan tinggi ketamadunan."

"Cara untuk melegitimasikan tuntutan hendaklah sentiasa tidak disertai dengan keganasan, mengandungi tahap pengertian yang berkesan," tegas beliau.

Menurut laporan berita, beberapa orang cedera setelah rejim Bahrain menyerang penunjuk perasaan
yang meyambut hari ulangtahun kebangkitan menentang pemerintahan kuku besi Al Khalifah.

Saksi berkata, pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata dan tembakan rambang untuk menyuraikan tunjuk perasaan di beberapa kota dan kampung termasuk ibukota Manama. Lebih dua puluh orang penunjuk perasaan turut ditahan.

Keganasan terjadi sejurus beberapa jam sebelum rancangan demonstrasi berlangsung di bulatan Lu'lu'a, tempat kelahiran revolusi.

Pada 13 Februari lalu, polis rejim menahan 30 penunjuk perasaan di beberapa kampung sekitar Manama atas alasan melakukan rusuhan dan vandalisme. 

Badan hak asasi manusia Amnesty International telah menyuarakan kebimbangannya terhadap rejim Manama yang berkemungkinan melancarkan satu lagi serangan besar-besaran untuk membubarkan protes.

Kebangkitan di Bahrain bermula pada tahun 2011 dengan tuntutan pembaharuan politik dan sistem monarki. Walau bagaimanapun protes tersebut bertukar menjadi tragedi kemanusiaan apabila kerajaan rejim membalasnya dengan pembunuhan, penculikan dan penyeksaan.

Sejumlah orang awam terbunuh dalam beberapa siri pembubaran demonstrasi dan ramai doktor serta jururawat dipenjarakan kerana menjadi saksi kekejaman rejim. Puluhan penunjuk perasaan juga dipenjarakan atas tuduhan menghadiri demonstrasi.