Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sehari selepas serangan bom pengganas di hadapan Konsulat Kebudayaan Republik Islam Iran, sebahagian penduduk Beirut menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada perjuangan Moqawama (perlawanan) dengan memasang bendera Hizbullah, Gerakan Amal dan poster Sayid Hasan Nasrullah.Pengganas pada pagi rabu lalu melakukan serangan bom kereta dengan bahan letupan seberat 70 dan 90 kilogram sehingga menyebabkan 10 orang terbunuh manakala 130 yang lain mendapat kecederaan.Kumpulan pengganas Abdullah Azzam mengaku bertanggung jawab dalam serangan tersebut.Keluarga as-Syahid Ali Ibrahim Bashir kelihatan memasang kain rentang dengan perkataan yang ditujukan kepada pengganas iaitu "Jenayah terrorisme kamu tidak membuatkan kami gentar.Dalam poster lain di kedai yang musnah tertera, "Kami terus bekerja walaupun terdapat terrorisme". Poster Sayid Hasan Nasrullah juga diletakkan pada bangunan yang runtuh sebagai tanda kesetiakawanan mereka.Beberapa jam sebelum serangan itu pasukan keselamatan Lubnan berjaya menahan seorang anggota pengganas Abdullah Azzam yang dikatakan boleh mencegah rancangan terrorisme tersebut sekiranya pengganas tersebut membuat pengakuan.

....................