24 April 2014 - 04:05
Aktivis gerakan utama pembangkang Syria disembelih pengganas Takfiri

Televisyen Syia memaklumkan salah seorang peguam yang aktif dalam gerakan utama untuk menjatuhkan Bashar al-Assad telah disembelih oleh sebuah kumpulang pengganas yang berpengkalan di Idlib.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wanita yang bernama Yasmeen Binishi itu pernah dipenjarakan di Syria pada 3 Julai 2013 dan meninggalkan negara tersebut sebelum menyusup ke Bab al-Hawa, sempatan Turki-Syria. Setelah 11 hari ditawan oleh pengganas Takfiri, akhir Yasmeen ditembak mati dan disembelih.

Laman sesawang Sham Times melaporkan Yasmeen adalah aktivis wanita yang aktif dalam gerakan utama bagi menumbangkan kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Yasmin Saadldin Binishi yang berusia 35 tahun dikatakan berasal dari Lattakia, Syria dan bekerja sebagai seorang peguam.