20 Mei 2014 - 19:07
Ketua pengganas ISIS Abu Umar al-Shishan temui ajal

Pemimpin militan ISIS maut dalam pertempuran dengan kumpulan Jabha Nusra di Deir Rouz

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Al-Mayadin dalam berita terkininya melaporkan kematian salah seorang pemimpin pengganas Negara Islam Iraq dan Sham (ISIS).

Laporan tersebut memaklumkan, Abu Umar al-Shishani yang mengepalai kumpulan pengganas ISIS, Anshar dan Muhajirin (yang dianggotai warga luar Syria) telah mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan kematiannya dalam sebuah petempuran bersama pengganas Jabha Nusra.

Abu Umar yang dianggap sebagai pemimpin al-Qaeda telah memasuki Syria bersama-sama ratusan pengganas dengan bantuan badan perisikan Turki pada awal tahun 2013. Badan perisikan Turki ketika itu merupakan dalang utama menyeludup pengganas dari Asia Tengah ke dalam Syria.

Nama sebenar Abu Umar menurut Kementerian Pertahanan Georgia ialah Tarkhan Batirashvili, lahir pada tahun 1968 di kampung Birkiani, Pankisi Gorge. Abu Umar pada tahun 2006 sehingga 2007 telah di kerahkan menyertai pasukan tentera Georgia.

Pada penghujung tahun 2008 Abu Umar memainkan peranan mengintip pergerakan kereta kebal Russia di Abkhazia bagi kegunaan unit-unit artileri Georgia dan pernah menyertai pertempuran dalam tahun tersebut. Pada tahun 2010 dia disahkan mengidap penyakit batuk kering dan terlantar di hospital selama beberapa bulan. Dia akhirnya dilepaskan dari perkhidmatan dan dianggap tidak layak lagi untuk menjalankan tugas.

Abu Umar pada bulan September 2008 telah dipenjarakan selama tiga tahun atas kesalahan menyeludup senjata dan dibebaskan enam bulan lebih awal atas alasan masalah kesihatan.

Pada peringkat awal, Abu Umar meninggalkan tanahairnya dan menuju ke Turki. Dari situ dia berjaya menyusup masuk ke Syria dan mengepalai kumpulan pengganas ISIS dengan menggunakan pengalaman ketenteraan yang dimilikinya.

Menurut portal berita BBC bahasa Inggeris, Abu Umar telah dilantik menjadi panglima perang ISIS di bahagian Utara dan dia sendiri mengakuinya dalam satu wawancara bersama sebuah laman sesawang.

Kumpulan yang dikepalai Abu Umar telah dianggotai ramai warga Caucasus. Kumpulannya lebih banyak menumpukan perhatian di Halab sehingga dikatakan pernah menawan lapangan terbang di Homa bersama 80 askar kerajaan.