30 Mei 2014 - 14:24
Jangan biarkan kekuatan akal menganggur

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran menyatakan salah satu keperluan dunia Islam ialah perpaduan ummat. Beliau menegaskan faktor konspirasi perpecahan umat Islam terutamanya Syiahfobia dan Iranfobia merupakan alasan untuk menutup masalah yang dihadapi mereka dan menjaga kepentingan identiti Zionis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bertepatan dengan hari ulangtahun Mab'ath Rasulullah (s.a.w) yang disambut oleh umat Islam dengan cuti rasmi di Iran, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran dalam pertemuan bersama duta-duta negara Islam berkata, "Sekiranya dalam masyarakat Islam masih tidak menganggurkan kekuatan akal dan pemikiran secara berterusan, kebanyakan masalah dunia Islam dapat diselesaikan".

Sambil merujuk kepada kesilapan memahami Islam dan al-Quran, beliau berkata, "Tidak memiliki pandangan yang sahih, pemahaman mendalam tentang pengajaran Islam dan al-Qur'an telah menyebabkan segelintir golongan menzalimi dan membunuh umat Islam atas nama Islam. Sampailah ke peringkat mereka menculik gadis-gadis di sebuah negara Afrika dengan memperalatkan nama Islam".

Sebagai contoh yang lain mengenai salah faham terhadap Islam berliau berkata, "Hari ini pihak musuh menentang Islam secara terang-terangan, dan alat yang paling penting buat mereka ialah mewujudkan perselisihan akidah, perang antara Syiah dan Sunni yang mana sekiranya kekuatan akal berfungsi dengan baik, tangan musuh dan stimulasinya tidak dapat dapat mencapai matlamat mereka".

Dengan menegaskan betapa pentingnya perpaduan umat sebagai satu lagi kekuatan penting dunia Islam, beliau menerangkan objektif utama perselisihan antara umat yang diwujudkan kuasa besar dunia hanyalah ingin menutup masalah mereka sendiri selain menjaga kepentingan identiti ZIonis. Tambah beliau lagi, "Harapan umat terutamanya golongan elit ialah barisan musuh umat Islam dapat dikenal dengan sahih melalui renungan dan pengamatan".

Sambil menekankan bahawa sistem politik Barat masih mempromosikan kejahilan berfikir sedangkan misi perutusan Rasulullah (s.a.w) menafikan kemunduran penggunaan akal, beliau berkata, "Ketidakadilan, diskriminasi, pengabaian martabat mulia manusia, pendominasian isu seksual dan promosi besar-besaran fesyen perhiasan wanita, semuanya lahir dari tamadun Barat yang sudah rosak, realitinya semua itu kembali ke zaman jahiliyah walaupun dengan metodologi dan peralatan moden".

Beliau turut menyentuh tentang usaha mematahkan kebangkitan Islam dengan menyatakan, "Sekiranya usaha ini terjadi di beberapa rantau, secara zahir ia mencapai objektifnya, namun secara realiti kebangkitan Islam tidak dapat dibubarkan".

Sementara itu, beliau menganggap kemajuan yang dicapai oleh bangsa Iran hari ini adalah hasil kegemilangan Nabi Muhammad (s.a.w), perpaduan dalam negara, keberanian dalam menghadapi musuh dan menaruh harapan terhadap janji Allah (s.w.t). Menurut beliau lagi, "Hari ini, dengan anugerah Allah, kerajaan yang baharu serta para pegawainya sibuk berusaha dan bekerja dalam berbagai lapangan dengan merasakan bahawa Islam itu gemilang".

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran ini menganggap masalah dan cabaran yang merintangi kehidupan manusia merupakan perkara biasa dan menambah, "Insan mempunyai minda dan kekuatan mengatur, mereka sanggup menanggung masalah demi mencapai kegemilangan, kemuliaan dan mendekati Allah sebagai insan. Namun manusia yang tidak rasional, mereka berpegang kepada Wilayah Syaitan sebagai ganti penerimaan Wilayah Allah (Kepimpinan Allah). Mereka terpaksa menanggung kehinaan".

Mengulas lebih lanjut tentang perkara ini menurut format al-Qur'an, beliau menambah, "Berasaskan ayat-ayat al-Qur'an, insan yang ingin mencapai kemuliaan namun masih memilih untuk bersekongkol dengan musuh Islam, kemanusiaan dan Wilayah Syaitan berbanding dari berpegang dengan Wilayah Allah, akhirnya tidak akan menjadi mulia, malah syaitan pun tidak akan berterima kasih dengan mereka".

"Formula al-Qur'an ini perlu diambil pengajaran dan jalan yang sahih serta haluan sebenar kebahagiaan yang menjadi garis panduan al-Qur'an hendaklah dikenal", tutur beliau.

Di akhir ucapan, Ayatullah Khamenei berkata, "Semoga Allah merahmati para syuhada yang telah mengorbankan jiwa masing-masing ke arah jalan ini, semoga Allah merahmati bangsa Iran yang menunjukkan persediaan di jalan ini, semoga Allah merahmati para pegawai dan ahli politik kita yang bersiap sedia untuk bekerja, berusaha dan berkorban di jalan ini".

Setelah menyampaikan ucapan, Presiden Iran Dr. Rouhani mengucapkan selamat sempena hari Mab'ath sebagai kebangkitan bersejarah dan nikmat besar dalam penggunaan akal berasaskan wahyu Allah. Beliau berkata, "Nabi (s.a.w) telah mempengaruhi kalbu insan-insan dengan kasih sayang dan akhlak mulianya. Beliau membawa hadiah berupa kebebasan dan kerohanian untuk manusia".

Mengenai benih perpecahan, ketidakadilan, keganasan dan keekstriman yang disemai pihak musuh ke dunia Islam, beliau berkata, "Hari ini Revolusi Islam Iran menyeru perpaduan, kesatuan hati dan penafian perpecahan sesama umat dalam dalam menghadapi barisan musuh".

Tags