Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penjenayah ISIS cuba memancing kemarahan penduduk Iraq dengan merosakkan simbol-simbol mazhab Syiah di kawasan yang berada dibawah cengkamannya.
Beberapa gambar yang disebarkan pengganas tersebut menunjukkan anggota mereka menurunkan bendera tertera nama cucu Nabi Muhammad, Imam Husain (a.s) dan membakarnya.
Selain itu mereka turut menurunkan beberapa potret prajurit Iraq yang gugur dalam pertempuran di sebuah kolej tentera udara.
Pemimpin ISIS Abu Bakar al-Baghdadi dalam kenyataannya semalam mengistiharkan 700 pelatih askar Iraq bermazhab Syiah akan dibunuh manakala 800 yang lain diampunkan kerana menganut mazhab Ahli Sunnah.
Jurucakap ISIS Abu Muhammad Adnani memberi amaran kepada Perdana Menteri Nuri al-Maliki bahawa pusat pentadbiran negara impiannya akan bertumpu di Najaf dan Karbala.







