Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Zulfiqar Abbas yang baru pulang dari Iraq pada hari Khamis lalu menceritakan situasi membimbangkan berkenaan krisis keamanan di Iraq yang dilanda perang. Beliau menganggap pengganas Negara Islam Iraq dan Sham (ISIL) lebih ganas dari haiwan liar.
Tambahnya lagi, keadaan di Iraq sangat berbahaya dan militan ISIL terlalu kejam sehingga membunuh orang awam tidak kira Sunni dan Syiah. "ISIL ingin mewujudkan sebuah negara yang berbeza," kata Abbas.
Mengenai 40 warga India yang diculik di negara Timur Tengah itu, Abbas memaklumkan bahawa mereka selamat dan kedutaan India sedang cuba menyelamatkan mereka.
Namun Abbas menegaskan keadaan di Iraq sangat tegang.
Kerajaan Iraq pada hari Rabu lalu mendedahkan 40 orang pekerja India yang bekerja dengan sebuah syarikat Turki telah diculik dalam keganasan yang melanda Mosul, setelah bandar kedua terbesar di Iraq itu jatuh ke tangan militan ISIL.
Menteri Hal Ehwal Luar Sushma Swaraj hari ini ketika diminta untuk memberikan jaminan kepada keluarga mangsa culik berkata, kerajaan telah melaksanakan segala usaha untuk menyelesaikan krisis tersebut.
ISIL telah mengambil alih beberapa kota di Iraq dan menimbulkan ancaman kepada Baghdad. Kerajaan Iraq telah meminta Amerika Syarikat bekerjasama melancarkan serangan udara terhadap militan ISIL.
21 Jun 2014 - 18:53
News ID: 617870
40 warga India yang diculik pengganas ISIL masih selamat