24 Julai 2014 - 09:19
Jenayah di Gaza mencerminkan keganasan Zionis

Ayatullah Sayid Ali Khamenei berkata, penentangan rakyat Palestin dengan senjata merupakan satu-satunya cara terbaik untuk berinteraksi dengan keganasan rejim Zionis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran menyifatkan jenayah yang dilakukan Zionis terlalu luar biasa dan tidak ada lagi rawatannya melainkan dengan menghapuskan rejim tersebut, sedangkan satu-satunya cara untuk menghadapinya ialah kebangkitan perjuangan bersenjata di kalangan rakyat Palestin dan meluaskan skop penentangan pejuang di Tebing Barat.

Tambah pemimpin revolusi ini lagi di hadapan mahasiswa-mahasiswa dan wakil organisasi universiti yang datang dari seluruh negara, kebiadaban Amerika dan Barat dalam mendukung jenayah Zionis menyebabkan kita semua mempunyai pengalaman dalam berinteraksi dengan Barat. Selain itu beliau menasihatkan agar umat Islam sedar mengenai hakikat Amerika manakala rakyat Iran akan memenuhi jalan-jalan di Hari al-Quds Sedunia esok demi menegaskan bahawa mereka amat perihatin dalam membantu golongan tertindas dan menentang kezaliman.

Beliau menekankan bahawa musuh ingin penduduk Gaza tunduk terhadap politik kotor Zionis sejak 66 tahun lalu dan ia sentiasa mengulanginya dengan penuh kesombongan.

Menurut beliau, Imam Khomeini pernah berkata, satu-satunya cara penyelesaian bagi konflik Palestin ialah menghukum Israel, namun ini bukan bermakna menghapuskan Yahudi. Perkara ini dapat direalisasikan sebagaimana yang telah dilakukan kerajaan Iran dalam membantu Palestin.

Terang beliau lagi, perkara ini juga dapat diselesaikan melalui referendum mengenai pembentukan kerajaan yang diinginkan oleh penduduk di tempat tersebut. Referendum juga dapat dilakukan untuk menghukum identiti Zionis perampas al-Quds.

Selain itu menurut beliau, cara terbaik berinteraksi dengan Zionis ialah dengan kekuatan dan perjuangan bersenjata.

Kata beliau lagi tidak seorang pun dapat membayangkan bahawa Israel akan menarik balik serangan sekiranya Gaza tidak mempunyai roket. Ini disebabkan sebelum ini Tebing Barat hanya bersenjatakan batu sahaja melainkan setelah kita melihat rejim ini melakukan jenayah di sana.

Menyentuh tentang pendirian Amerika dan Britain mengenai jenayah Zionis beliau berkata tindakan ini ditolak oleh semua insan. Selain itu Presiden Amerika Barrack Obama berkata Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri, namun dia tidak menerangkan samada rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri masing-masing.

Tambah beliau lagi, pemimpin negara-negara kuasa angkuh dunia perlu mengetahui bahawa sejarah sedang merakam aksi mereka yang mempertahankan kekejaman Zionis dan ianya disaksikan oleh seluruh penduduk dunia.