2 Disember 2014 - 11:50
Pengganas al-Shabab bunuh 36 pekerja kuari

Pengganas al-Shabab yang beraliran Takfiri membunuh 36 pekerja kuari sebagai tindak balas terhadap serbuan pihak berkuasa dalam operasi memburu pengganas di Kenya.

http://www.abna.ir/cache/image/2014/12/02/a10103c7ca835f04df4ce74374657ec6.jpg

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Al-Shabab telah membunuh 36 pekerja lombong yang sedang beristirehat dalam khemah, di kampung Kormey, 15 kilometer dari sempadan kota Mandera, yang menjadi sarang kumpulan pengganas tersebut.

Menurut penduduk yang tinggal berhampiran lombong tersebut, pengganas al-Shabab menyerang para pekerja sedang tidur pada malam tadi.

Sumber al-Shabab menyebut, serangan tersebut sebagai membalas dendam terhadap serbuan pasukan keselamatan Kenya terhadap sebuah masjid dalam satu operasi memburu anggota pengganas.

Bulan lalu, kumpulan tersebut telah membunuh 28 orang penumpang sebuah bas yang sedang menuju ke Nairobi dari Mandera. 60 penumpang bas tersebut di paksa turun dan mereka yang tidak tahu membaca al-Quran telah ditembak mati.