4 Disember 2014 - 10:51
Anshar al-Shari'a bertanggungjawab bom kediaman duta Iran

Kumpulan pengganas Anshar al-Shari'a bertanggung jawab dalam pengeboman kediaman rasmi duta Iran ke Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kumpulan pengganas cabang alQaeda, Anshar al-Shari'a di Yaman bertanggung jawab dalam serangan bom terhadap kediaman rasmi duta Republik Islam Iran ke Yaman di Sanaa kelmarin.

Kumpulan beraliran Takfiri ini mengumumkan serangan mereka dengan menggunakan sebuah kereta yang dipasang bom di Sanaa bersama pemandunya.

Dalam pengeboman ini, anak pengawal keselamatan kompleks kediaman tersebut terbunuh manakala 17 orang yang berada di sekitar kawasan terbabit cedera. Selain itu rumah-rumah berdekatan turut mengalami kerosakan teruk.

Berikutan serangan ini, pihak Kementerian Luar Iran menyatakan protes kepada Timbalan Duta Yaman mengenai kegagalannya menjaga keselamatan pegawai diplomatik Republik Islam Iran.

Selain protes, Kementerian Luar turut menekankan aspek keselamatan sewajarnya selain mencari dalang kejadian untuk dijatuhkan hukuman yang setimpal.