Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pertempuran sengit pengganas ISIS dengan askar Syria dilaporkan terjadi di Huwaija Sakkar, Huwaija al-Mari'ayya dan perkampungan al-Jufra di Deir alZour sejak beberapa hari lalu.
Meskipun ramai anggota ISIS terbunuh, kumpulan pengganas tersebut mengumumkan kejayaan mereka menawan Huwaija al-Mari'ayya.
Askar kerajaan terpaksa mengundurkan diri dari mempertahankan kawasan ini kerana khuatir dikepung pengganas.
Pengganas ISIS yang menyerbu masuk ke Huwaija al-Mari'ayya berjaya menawan seorang askar Syria dan menyembelihnya.
ISIS melancarkan serangan ini dengan tujuan menawan lapangan terbang Deir al-Zour, namun belum ada berita kejatuhan kawasan tersebut di tangan pengganas manakala askar Syria mengukuhkan pertahanan.
Sementara itu askar Syria juga telah mengirim pasukan tambahan untuk mempertahankan lapangan terbang Deir al-Zour.
Lapangan terbang tersebut merupakan yang ketiga terbesar di Syria dan menjadi salah satu pengkalan askar di negara ini.







...............