24 Disember 2014 - 03:28
Panglima Perang Houthi gugur syahid

Seorang Panglima Perang kaum Houti gugur syahid setelah diserang individu tidak dikenali

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) -Beberapa individu tidak dikenali telah melepaskan tembakan terhadap Panglima Perang kaum Houti di Sanaa petang kelmarin.

Sumber hospital melaporkan, beliau ditembak di hadapan Universiti Sanaa dan meninggal dunia serta merta ketika dikejarkan ke hospital. Walau bagaimana pun belum terdapat laporan perincian kejadian.

Dalam kejadian berasingan, 5 letupan bom menggegarkan Sanaa sehingga menyebabkan seorang anggota pejuang Ansarullah gugur manakala beberapa orang yang lain cedera.

Letupan pertama terjadi ketika salah seorang pejuang Ansarullah cuba mematikan bom yang dipasang di bawah kereta seorang hakim di kawasan lama Sanaa.

Empat bom yang lain telah diletakkan dalam tong sampah di daerah Bustan al-Sultan dan diletupkan setiap 5 minit.

Pejuang gerakan Ansarullah berjaya mengawal kota Sanaa setelah demonstrasi besar-besaran pada bulan Ogos lalu ketika rakyat Yaman menuntut kesejahteraan sosial. Kerajaan Yaman akhirnya tunduk dengan kehendak rakyat dengan membentuk kabinet baru kerajaan.

Sejak akhir-akhir ini, Ansarullah telah menjalankan kempen memerangi al-Qaeda dan mencapai kejayaan besar apabila berjaya mengusir kumpulan pengganas tersebut dari salah satu kubu pentingnya di Yaman.