Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mahkamah Mesir hari ini memerintahkan wartawan al-Jazeera Baher Muhammad dan pengarah urusan al-Jazira cawangan Mesir dibebaskan dengan ikat jamin setelah dihadap dengan tuduhan menyiarkan hasutan yang boleh menggugat keamanan.
Kedua-dua tertuduh telah ditahan pada tahun 2013 dan hari ini genap 411 hari mereka meringkuk dalam penjara.
Selain itu, wartawan Australia, Peter Greste turut dihadapkan dalam tuduhan yang sama dan sudah dihukum penjara selama 10 tahun. Namun pada bulan lepas Dewan Tertinggi Mesir menggugurkan pertuduhan yang ditetapkan terhadapnya.
Dalam sistem perundangan Mesir, Dewan Tertinggi mempunyai kuasa tertinggi dalam penghakiman dan boleh mengarahkan mahkamah membuka kembali fail siasatan pada bila-bila masa.
Dalam masa yang sama Peter Greste juga diperintahkan keluar dari negara tersebut dengan arahan Presiden Mesir.
Muhammad Fahem yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Mesir dan Kanada memaklumkan pengguguran kewarganegaraan Mesir.
Menurut salah seorang pakar hak asasi manusia, sepatutnya mahkamah menetapkan injunksi prosiding Peter Greste. Sementara itu keluarga Muhammad Fahem turut menunggu Fahem diusir keluar sedangkan kedudukannya masih belum jelas samada dia masih menjadi warganegara Mesir atau tidak. Pakar berkata, sekiranya mahkamah tidak membebaskan Baher, kemungkinan besar dia akan dihukum penjara kecuali mendapat pengampunan dari presiden.
Ketiga-tiga tertuduh dikatakan melaporkan berita yang berpihak kepada Ikhwanul Muslimin setelah penggulingan presiden Morsi oleh tentera pada Disember 2012 sehingga boleh menggugat keamanan.

















...............