Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pakatan yang dikepalai Saudi meneruskan serangan udaranya di bebebapa daerah Yaman sehingga mengakibatkan 11 penduduk awam terbunuh di al-Jawf pada hari Jumaat lalu.
Pesawat tempur Saudi juga melancarkan beberapa serangan yang sama ke atas Yaman sejak Isnin lalu.
Sementara itu tentera Yaman dan jawatankuasa sukarela rakyat pula berjaya memusnahkan empat kenderaan Saudi di Shabwa.
Dari segi politik, gerakan Ansarullah menegaskan rundungan dengan Saudi sedang dalam proses ke arah gencatan senjata dan isu kemanusiaan (tawanan perang dan anggota pejuang yang hilang).
Yaman menjadi sasaran serangan ganas pakatan Saudi sejak 26 Mac tahun lalu.
Ribuan orang awam terbunuh dan cedera dalam serangan yang dilancarkan pakatan tersebut.
Riyadh melancarkan serangan ke atas Yaman untuk mengembalikan kepimpinan bekas pemimpin, Hadi yang menjadi sekutu Saudi.
21 Mac 2016 - 20:00
News ID: 742438
Serangan udara Saudi pada hari Jumaat lalu membunuh 11 penduduk awam.