Agensi Berita Ahlul Bait (ABVNA24.com) - Pertempuran sengit meletus sejak hari Isnin lalu antara kumpulan pengganas ISIS dengan tentera Syria yang dibantu pesawat tempur Russia. Dalam operasi bersama ini, tentera kerajaan hampir berjaya merampas kembali kawasan Palmyra yang merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO dan dikenali sebagai mutiara padang pasir.
Kedudukan tentera kerajaan dilaporkan berada dalam jarak 4 kilometer dari pintu masuk kota purba tersebut dan kejayaan menguasai kawasan terbabit dijangka memberikan kejutan kepada dunia.
Pada minggu lalu, tentera kerajaan berjaya merampas kembali bukit strategik di Barat Daya pintu masuk Palmyra, atau empat kilometer dari kota tersebut.
Pemerhati berkata golongan ISIS cuba melawan dengan segenap kekuatan yang ada.
Sementara itu terdapat laporan bahawa pesawat tempur Russia yang menggempur wilayah Timur Homs telah memusnahkan beberapa bahagian kota Palmyra.
21 Mac 2016 - 20:24
News ID: 742444
Tentera kerajaan mengejutkan media apabila berjaya menghampiri 4 kilometer dari kota purba Palmyra