11 Julai 2016 - 15:29
Universiri al-Azhar kecam serangan pengganas di Iraq

Universiti al-Azhar kecam serangan pengganas di Iraq yang mengorbankan banyak jiwa baru-baru ini

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Universiti al-Azhar mengecam serangan pengganas di Karrada dan al-Sha'b di Tengah dan Utara Baghdad, termasuk daerah Salah al-Din beberapa hari lalu sehingga mendatangkan kematian dan kecederaan kepada puluhan jiwa.

Al-Azhar dalam kenyataan rasminya menegaskan perbuatan pengganas ini bertentangan dengan ajaran Islam, setiap agama dan asas kemanusiaan. Kenyataan itu turut mengajak seluruh rakyat Iraq yang terdiri dari berbagai agama dan pandangan agar peka terhadap bahaya terrorisme dan jalan penyelesaian harus dilaksanakan segera demi kepentingan rakyat.

Kenyataan tersebut turut mengungkapkan rasa takziah dan kesedihan dengan apa yang melukakan hati rakyat Iraq dalam serangan ini.