19 Ogos 2016 - 16:04
Ulama Syiah dan Sunni kunjungi calon presiden Lubnan

Jawatankuasa ulama Syiah dan Sunni Lubnan menziarahi Jeneral Michel Aoun yang terpilih sebagai presiden baru republik Lubnan. Jeneral ini pernah memberikan sokongannya kepada pejuang Hizbullah ketika Israel menyerang Lubnan pada tahun 2006.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jawatankuasa Himpunan Ulama Islam mengunjungi Michel Aoun untuk menyatakan sokongan terhadap pemilihan beliau sebagai presiden Lubnan yang terbaru.

Dalam pertemuan ini para ulama dari mazhab Syiah dan Sunni bertukar pandangan dengan beliau mengenai isu semasa dan mengucapkan penghargaan atas sikapnya dalam menyokong perjuangan Hizbullah dalam memerangi pencerobohan Israel pada tahun 2006.

Himpunan Ulama Islam Lubnan turut mengaskan betapa pentingnya perpaduan antara rakyat, tentera dan para pejuang bagi menjaga Lubnan dan kehormatan ibu pertiwi.


.............