4 September 2016 - 16:26
Ulama Syiah puji al-Azhar, muktamar Chechnya bersihkan umat dari noda Wahabi

Ayatullah Makarem Syirazi memuji resolusi muktamar di Chechnya anjuran komuniti Sunni yang bertegas bahawa Wahabi cuba memusnahkan Islam dan umatnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ulama Syiah, Ayatullah Makarem Syirazi menyambut baik resolusi persidangan komuniti Sunni yang dilangsungkan di Chechnya baru-baru ini yang menegaskan perpaduan umat Islam adalah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan kaum Muslimin dari fitnah dan konspirasi musuh dengan memperalatkan kumpulan ekstremis pimpinan Wahabi demi memusnahkan Islam serta penganutnya.

Beliau menegaskan, kumpulan Takfiri telah mencipta mara bahaya yang amat besar terhadap dunia Islam, kemudian media massa pula menyerang akidah, akhlak dan perpaduan umat Islam.

Ayatullah Makarem turut menyatakan salah satu tanggung jawab penting hawzah-hawzah ilmiah Islam ialah menyumbang dan menggalakkan pendekatan antara umat Islam sambil menegaskan Amerika baru-baru ini telah mengadakan perjanjian baru penjualan senjata kepada negara-negara Arab demi melestarikan perang yang panjang di Yaman lebih dari 10 tahun lamanya.

Jelas beliau lagi, menghapuskan fitnah mazhab tidak cukup dengan jalan ketenteraan, malah terdapat juga tanggung jawab lain yang dipikul insitusi agama bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan umat Islam.