2 Oktober 2016 - 13:17
Rejim Israel Luluskan Pembinaan 300 Unit Rumah Bagi Pendatang Haram Yahudi Di Tebing Barat.

Rejim Israel telah meluluskan pelan untuk membina 300 unit rumah bagi pendatang yahudi di kawasan yang didudukinya secara haram di Tebing Barat. Peristiwa itu berlaku sehari selepas Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas menghadiri upacara pengebumian Shimon Peres.

Foto yang diambil pada 27 September 2017 ini menunjukkan kawasan penempatan haram Israel di al-Quds (Foto oleh AFP)

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rejim Israel telah meluluskan pelan untuk membina 300 unit rumah bagi pendatang yahudi di kawasan yang didudukinya secara haram di Tebing Barat. Peristiwa itu berlaku sehari selepas Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas menghadiri upacara pengebumian Shimon Peres.

Media Israel melaporkan bahwa rejim Israel telah mengeluarkan arahan untuk melancarkan fasa awal pelan tersebut dengan pembinaan 98 unit rumah di Shilo yang terletak di antara bandar Nablus dan Ramallah.

Laporan-laporan tersebut juga mengatakan bahawa 200 buah rumah lagi akan dibina sepanjang fasa kedua projek tersebut.

Arahan itu tiba pada ketika kritikan antarabangsa semakin meningkat terhadap tindakan perluasan kawasan penempatan haram yang dilakukan oleh rejim Israel di Tebing Barat. Ramai pihak menganggap polisi Israel ini merupakan isu utama yang menyebabkan proses damai Timur Tengah itu menemui jalan buntu.

Arahan pembinaan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Abbas menghadiri upacara penegbumian penjenayah perang Israel, Peres. Sebuah tindakan yang mengundang kritikan keras dan bantahan daripada pelbagai pihak di Palestin.

Media Israel juga mengatakan bahawa arahan tersebut dibuat oleh rejim Israel di dalam rangka untuk menebus kembali kerugian mereka setelah arahan pengosongan dan pemusnahan penempatan haram di Amona dikeluarkan oleh mahkamah Israel. Di dalam perkembangan tersebut, mahkamah memutuskan bahawa rumah para pendatang perlu dimusnahkan menjelang 25 Disember memandangkan ia telah dibina di atas tanah persendirian.