Agensi berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang wanita Muslim telah diserang dengan hijabnya ditarik di sebuah jalan yang sibuk di England. Polis menyifatkan tindakan itu bermotifkan perkauman.
Wanita itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi mengalami kejutan rentetan peristiwa tersebut. Menurut Scotland Yard, mangsa sedang berjalan di sebuah kawasan di utara London bersama seorang wanita yang lain pada petang Rabu (28/9) ketika serangan itu berlaku.
Kedua-dua wanita itu sedang menyeberangi sebuah jalan berdekatan Kolej Haringey, Enfield & North East London apabila dua orang lelaki mendekati mereka dari arah belakang dan kemudiannya menarik hijab wanita itu.
"Ini adalah sebuah serangan yang mengejutkan di mana ia berlaku pada siang hari buta dan di sebuah jalan yang sibuk," kata konstabel Ben Cousin.
Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini namun pihak polis telah meminta kepada orang ramai yang memiliki sebarang maklumat supaya menghubungi mereka.
"Saya meminta kepada sesiapapun yang menyaksikan kejadian tersebut supaya menghubungi pihak polis," tambah beliau.
Sejak 23 Jun apabila England memilih untuk keluar daripada EU, jenayah yang bermotifkan kebencian telah dilaporkan meningkat di seluruh negara.
Sejak tarikh yang sama juga, pihak polis tempatan telah membuat 400 tangkapan ke atas para suspek yang didakwa terlibat di dalam jenayah bemotifkan kebencian. Jumah ini adalah dua kali ganda berbanding dengan jumlah yang dilaporkan sebelum referendum tersebut.
Jenayah bermotifkan kebencian semakin menular di England.
Hijab Seorang Wanita Muslim British Ditarik: Polis
10 Oktober 2016 - 05:49
News ID: 784573
Seorang wanita Muslim telah diserang dengan hijabnya ditarik di sebuah jalan yang sibuk di England. Polis menyifatkan tindakan itu bermotifkan perkauman.