Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Berikutan serangan rejim Saudi ke atas dewan komuniti di Sana'a yang menyaksikan ratusan orang awam terbunuh atau mengalami kecederaan, pasukan bersenjata Yaman telah meningkatkan serangan balas mereka ke atas posisi-posisi tentera Arab Saudi khususnya di kawasan sempadan kerajaan monarki itu.
Menurut televisyen al-Masirah, angkatan bersenjata Yaman telah melancarkan roket ke arah pangkalan tentera al-Karas yang terletak di wilayah Jizan, Arab Saudi. Insiden itu membunuh 25 orang tentera Saudi dan mencederakan puluhan yang lain.
Beberapa kenderaan tentera juga dilaporkan musnah di dalam kejadian tersebut.
Tentera Yaman juga telah melancarkan serangan roket Katyusha ke atas sebuah perkumpulan tentera Saudi di sebuah lokasi ketenteraan di wilayah yang sama.
Penembak tepat Yaman juga dilaporkan telah membunuh seorang tentera Saudi di pangkalan tentera Matha'an di wilayah Jizan.
Di dalam negara Arab itu, tentera Yaman juga dilaporkan telah melancarkan serangan artileri ke atas perkumpulan tentera pro-Saudi di wilayah Ta'izz tanpa mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Pada 19 April, Reuters telah memetik kenyataan seorang diplomat Saudi yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa sekitar 400 tentera Saudi dan pengawal sempadan mereka telah dilaporkan terbunuh semenjak kempen Saudi itu dilancarkan ke atas bumi Yaman.
Pegawai tentera Saudi mengatakan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan angka kematian daripada pihak mereka sehinggalah kempen tajaan mereka itu selesai.
Yaman tingkatkan operasi ketenteraannya ke atas Arab Saudi rentetan pengeboman dewan orang ramai
Yaman Tingkatkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Posisi Saudi.
10 Oktober 2016 - 06:10
News ID: 784576
Berikutan serangan rejim Saudi ke atas dewan komuniti di Sana'a yang menyaksikan ratusan orang awam terbunuh atau mengalami kecederaan, pasukan bersenjata Yaman telah meningkatkan serangan balas mereka ke atas posisi-posisi tentera Arab Saudi khususnya di kawasan sempadan kerajaan monarki itu.