11 Oktober 2016 - 05:19
Rapat Umum Pada 10 Muharram 2016 Akan Dilangsungkan Di Dalam Suasana Solidariti Bersama Rakyat Yaman: Hassan Nasrallah.

Setiausaha agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah menekankan kepentingan untuk semua pihak menyokong rakyat Yaman di dalam menghadapi keganasan yang dilancarkan oleh rejim Saudi ke atas mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah menekankan kepentingan untuk semua pihak menyokong rakyat Yaman di dalam menghadapi keganasan yang dilancarkan oleh rejim Saudi ke atas mereka. Beliau juga menambah dengan berkata bahawa perhimpunan 10 Muharram tahun 2016 di Lubnan akan dilangsungkan dengan laungan slogan-slogan yang menunjukkan solidariti para peserta dengan rakyat Yaman yang tertindas.

Beliau mengatakan bahawa para peserta akan melaungkan slogan-slogan Asyura dan slogan-slogan yang menyokong usaha perlawanan tentera Yaman, Suruhanjaya Popular, dan rakyat Yaman sendiri.

Pemimpin Arab itu juga mengecam tindakan sesetengah pihak yang menggunakan tafsiran yang salah di dalam menjalankan ritual perkabungan mereka terhadap peristiwa Asyura. Beliau berkata mereka telah merendahkan nilai pengorbanan Imam Hussein yang menyerahkan nyawanya di dalam rangka mempertahankan maruah dan air muka umat Islam.

Syed Hassan Nasrallah juga melemparkan pertanyaan kepada kelompok yang menumpahkan darah mereka di dalam menjalankan ritual tersebut tentang keberatan mereka di dalam memberikan sumbangan kepada usaha melawan agenda musuh Islam.

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Sayyidah Zainab telah membuka hijabnya setelah kesyahidan al-Hussein sambil menambah bahawa dakwaan itu tidak selari dengan karakteristik beliau yang melambangkan puncak kesabaran di dalam menghadapi tragedi ke atas cucunda nabi.