Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para pemimpin penting kumpulan Takfiri Daesh dilaporkan sedang meninggalkan Mosul bersama-sama dengan para isteri mereka di sebalik pertempuran sengit yang sedang berlaku di antara kumpulan itu dan tentera Iraq. Perkara itu dilaporkan oleh Mejar Jeneral A.S, Gary Volesky.
"Kami ingin katakan kepada (para pengganas) Daesh bahawa para pemimpin mereka sedang meninggalkan mereka. Kami menyaksikan pergerakan keluar dari bandar Mosul," kata beliau yang merupakan ketua kepada pakatan tajaan A.S dalam hal-ehwal operasi darat.
Beliau juga menambah dengan mengatakan bahawa para pengganas yang berasal dari negara-negara asinglah yang akan tersisa di belakang sebelum bandar itu dirampas kembali oleh tentera kerajaan.
"Sukar bagi mereka untuk menyerap masuk ke dalam masyarakat tempatan berdasarkan kepelbagaian asal-usul mereka," tambah beliau. Selain daripada itu, beliau juga memberi amaran kepada mereka bahawa sebarang usaha untuk meninggalkan bandar itu dengan menyamar sebagai pelarian adalah sia-sia memandangkan pihak terbabit telahpun mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menghadapinya.
Para Pemimpin Daesh tinggalkan Mosul dan para pejuang mereka.
Para Pemimpin Daesh Dan Isteri-Isteri Mereka Tinggalkan Mosul.
20 Oktober 2016 - 07:34
News ID: 786677
Para pemimpin penting kumpulan Takfiri Daesh dilaporkan sedang meninggalkan Mosul bersama-sama dengan para isteri mereka di sebalik pertempuran sengit yang sedang berlaku di antara kumpulan itu dan tentera Iraq.