Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut media tempatan Iraq, para pengganas Takfiri Daesh di Mosul telah memaksa para penduduk tempatan untuk mendermakan wang kepada mereka.
Iraqi News mengutip laporan media tempatan dengan melaporkan bahawa Daesh di Mosul kini melancarkan kempen memungut wang daripada orang awam secara besar-besaran. Kempen yang dilakukan secara paksa itu dilancarkan untuk menyelamatkan 'negara khalifah' tersebut yang kini berhadapan dengan tentera kerajaan dan pasukan sukarelawan Iraq.
Kumpulan Takfiri itu kini dilaporkan berada dalam situasi kewangan yang meruncing setelah kehilangan beberapa sumber pendapatannya sebelum ini termasuklah perdagangan minyak. Rusia sebelumnya secara ektensif telah memusnahkan laluan-laluan perdagangan ini di dalam kempenya di Syria.
Selain daripada memeras wang daripada orang awam, mereka juga menjadi penduduk awam di Mosul sebagai perisai manusia dalam menjamin keselamatan para militan Takfiri mereka daripada serangan tentera kerajaan.
Di pihak yang lain, orang awam Iraq secara sukarela telah memulakan kempen membantu tentera kerajaan dan pasukan sukarelawan mereka dengan menderma darah dan lain-lain.
Selain daripada memeras wang daripada orang awam, mereka juga menjadi penduduk awam di Mosul sebagai perisai manusia.
ISIS... Negara Pengemis Dan Pemeras Mulakan Kempen Pungut Wang Di Mosul
23 Oktober 2016 - 07:23
News ID: 787227
Menurut media tempatan Iraq, para pengganas Takfiri Daesh di Mosul telah memaksa para penduduk tempatan untuk mendermakan wang kepada mereka.