Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova pada hari Khamis berkata bahawa negaranya menyeru badan-badan antarabangsa untuk segera menyiasat pembunuhan 20 kanak-kanak sekolah di Idlib, Syria.
"Kami menuntut badan-badan antarabangsa untuk menyiasat perkara ini tanpa melengahkan sedikit masapun," kata diplomat itu.
Maria Zakharova menafikan penglibatan Rusia di dalam serangan itu. Sebelum ini, beberapa media masa dengan cepat telah menuding jari ke atas angkatan udara Persekutuan Rusia.
"Perkara ini tidak mengejutkan tetapi pada masa yang sama mengundang kritikan yang keras," kata beliau. "Al-Jazeera, The Independent dan beberapa media lain menunjukkan sikap yang sama di dalam isu kewartawanan dan dengan pantas menyalahkan Rusia ke atas tragedi ini. Mereka mendakwa bahawa perkara ini dilakukan oleh Rusia dan Syria. Ini adalah pembohongan. Rusia tiada kena-mengena dengan serangan ini," tambah beliau lagi.
Beliau juga berkata bahawa kementerian pertahanan negara Rusia sedang meneliti perkara ini dengan menggunakan sumber peninjauan yang mereka miliki. Sebuah kenyataan akan dibuat kemudian.
UNICEF berkata bahawa 22 kanak-kanak dan 6 orang guru terbunuh berikutan seranganitu.
Serangan di Idlib mengakibatkan 20 kanak-kanak terbunuh: Laporan.
Rusia Tiada Kena-Mengena Dengan Pengeboman Sekolah Di Idlib, Syria: Pegawai Diplomatik.
27 Oktober 2016 - 18:05
News ID: 788215
Maria Zakharova menafikan penglibatan Rusia di dalam serangan itu. Sebelum ini, beberapa media masa dengan cepat telah menuding jari ke atas angkatan udara Persekutuan Rusia.