31 Oktober 2016 - 18:40
Pemberontak Syria Lancar Serangan Kimia Di Aleppo: Amnesty International.

NGO hak asasi manusia Amnesty International memberikan amaran tentang pembunuhan orang awam di barat Aleppo Syria yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak bersenjata.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - NGO hak asasi manusia Amnesty International memberikan amaran tentang pembunuhan orang awam di barat Aleppo Syria yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak bersenjata.

Kumpulan itu juga mengatakan bahawa serangan yang dilancarkan oleh kumpulan militan ke atas kawasan yang dikawal oleh tentera kerajaan adalah 'menyalahi undang-undang'.

Selain daripada itu kumpulan NGO itu juga mendakwa bahawa kumpulan pemberontak juga telah menggunakan senjata yang diharamkan menurut undang-undang antarabangsa dalam operasi yang mereka lancarkan.

"Objektif (kumpulan ini) untuk menembusi kepungan yang berlangsung ke atas kawasan timur bandar Aleppo tidak memberikan kumpulan pembangkang bersenjata ini 'lesen' untuk melanggar peraturan dan undang-undang antarabangsa dengan membedil kawasan-kawasan perumahan awam di kawasan yang dikuasai oleh tentera kerajaan secara sembarangan," kata Timbalan Pengarah Kempen NGO tersebut, Samah Hadid.

Dalam satu kenyataan yang diisukan pada hari Isnin lepas, organisasi tersebut menuduh kumpulan pembangkang sebagai bersikap tidak acuh terhadap nyawa orang awam.

Menurut Amnesty International, serangan terbaru kumpulan pemberontak di barat Aleppo pada 28 Oktober dilancarkan dilancarkan secara sembarangan. Kumpulan itu juga menambah bahawa kawasan penempatan awam telah menjadi sasaran serangan tersebut sekaligus mengakibatkan kematian berpuluh-puluh orang awam. Antara yang terbunuh rentetan serangan tersebut adalah kanak-kanak.

Organisasi tersebut juga menuduh pemberontak bersenjata di Syria sebagai penjenayah perang kerana menggunakan senjata kimia di dalam serangan mereka ke atas kawasan barat Aleppo pada hari Ahad lalu. Menurut agensi berita SANA, berpuluh-puluh dilaporkan cedera dalam serangan senjata kimia tersebut.