4 November 2016 - 05:11
Tentera Yaman Lancar Serangan Roket Ke Atas Kem Tentera Saudi.

Tentera Yaman dan Jawatankuasa Popular telah membunuh beberapa orang anggota tentera Saudi di wilayah Najran yang terletak di selatan negara Arab itu sebagai tindakan balas ke atas serangan-serangan udara yang dilakukan oleh rejim Riyadh terhadap Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Yaman dan Jawatankuasa Popular telah membunuh beberapa orang anggota tentera Saudi di wilayah Najran yang terletak di selatan negara Arab itu sebagai tindakan balas ke atas serangan-serangan udara yang dilakukan oleh rejim Riyadh terhadap Yaman.

Menurut saluran berita berbahasa Arab, al-Masirah, tentera Yaman telah melancarkan serangan roket ke atas kem tentera Arab Saudi di al-Sadis sekaligus mengakibatkan beberapa anggota tentera negara sekutu kuat A.S itu maut. Serangan yang dilancarkan pada hari Khamis itu juga menyebabkan kerosakan yang teruk ke atas kem tentera tersebut.

Di dalam serangan roket yang lain, tentera Yaman telah berjaya memusnahkan sekurang-kurangnya tiga buah kenderaan tentera (Hummer) yang digunakan oleh tentera Arab Saudi di wilayah Nahouqa dan daerah Hamr sekaligus membunuh para petugas kenderaan-kenderaan tersebut.

Tentera Yaman juga dilaporkan berjaya memusnahkan dua buah kenderaan tentera milik Arab Saudi di daerah Sirwah yang terletak wilayah Ma'rib, Yaman sekaligus membunuh kesemua petugas yang ada di dalam kenderaan-kenderaan itu.

Pihak berkuasa Yaman berkata bahawa tenteranya melancarkan serangan-serangan tersebut sebagai membalas tindakan pencerobohan berterusan Riyadh ke atas kedaulatan negara itu.