4 November 2016 - 08:47
Letupan Gegarkan Diyarbakir Di Turki.

Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan cedera dan seorang lagi terbunuh apabila sebuah letupan menggegarkan bandar Diyarbakir di Turki pada hari Jumaat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan cedera dan seorang lagi terbunuh apabila sebuah letupan menggegarkan bandar Diyarbakir di Turki pada hari Jumaat. Kota itu merupakan pusat komuniti etnik kurdis di negara tersebut.

Menurut rangkaian NTV, letupan itu berlaku pada awal pagi Jumaat berhampiran dengan sebuah bangunan polis yang menempatkan unit anti-keganasan dan anti-rusuhan. Pihak polis dilaporkan telah mengawal tempat kejadian dan beberapa ambulans juga telah dihantar ke tempat yang sama. Menurut maklumat awal, insiden itu melibatkan penggunaan bom kereta.

Menurut pihak berkuasa Turki, mangsa terdiri daripada orang awam dan juga pihak polis.

Serangan yang hampir sama juga pernah dilancarkan oleh Parti Pekerja Kurdistan (PKK) sebelum ini.

Ketegangan di antara Ankara dan PKK mula meningkat semula pada Julai 2015 apabila gencatan senjata di antara kedu-dua pihak dicemari oleh beberapa siri serangan yang didakwa dilakukan oleh anggota kumpulan tersebut. Kumpulan itu yang diharamkan di Turki dan dikenali sebagai sebuah pertubuhan pengganas.