16 November 2016 - 16:52
Dokumen Rahsia Yang Mengarahkan Pejuang Daesh Untuk Tidak Menembak Jatuh Pesawat Pakatan Tajaan A.S.

Biro Bahasa Arab Agensi Berita Sputnik telah memperolehi beberapa keping foto yang yang menunjukkan sebuah arahan daripada kepimpinan kumpulan Takfiri Daesh yang mengarahkan ahlinya untuk tidak menyasarkan jet-jet pejuang pakatan tajaan A.S yang beroperasi di Mosul.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Biro Bahasa Arab Agensi Berita Sputnik telah memperolehi beberapa keping foto yang yang menunjukkan sebuah arahan daripada kepimpinan kumpulan Takfiri Daesh yang mengarahkan ahlinya untuk tidak menyasarkan jet-jet pejuang pakatan tajaan A.S yang beroperasi di Mosul.

Dokumen itu ditemui di bandar Bakhida yang baru-baru ini dibebaskan daripada cengkaman kumpulan pengganas Daesh. bandar itu terletak 32 kilometer dari tenggara Mosul yang merupakan kubu kuat kumpulan pengganas beraliran salafi itu.

Menurut biro tersebut, dokumen yang mengandungi arahan itu ditemui oleh para militia Kristian Assyria di sebuah papan informasi yang diletakkan di pusat mobilisasi Daesh di tengah-tengah bandar Bakhida. Pusat sedemikian biasanya digunakan oleh kumpulan Takfiri Daesh untuk memobilisasikan para penduduk tempatan dan melatih para pejuang baru mereka.

Di dalam dokumen itu, tertulis, " Adalah dilarang sama sekali untuk menembak jatuh sebarang pesawat di udara dengan menggunakan apa jenis senjatapun tanpa mengambil kira apakah altitud penerbangan mereka. Arahan ini juga merangkumi pesawat yang mendarat di atas atap rumah."

Arahan itu ditandatangani oleh pemimpin Daesh tempatan bernama Abu Muawiyah.

Biro Bahasa Arab Agensi Berita Sputnik juga menekankan bahawa hanya pakatan tajaan A.S sahaja yang mampu melancarkan serangan udara ke atas posisi Daesh di wilayah Nineveh.

Menurut biro itu juga, pakatan tersebut seringkali didakwa menyerang posisi tentera Iraq dan sekutunya sepanjang operasinya di Iraq.

Pesawat-pesawat pakatan itu juga dituduh menjatuhkan bantuan kemanusiaan yang seringkali jatuh ke tangan Daesh.